Bukan sahaja Anugerah Juara Lagu(AJL) Ke-22 kali ini tidak menampilkan aksi buka baju, malah keputusan yang dihasilkan juga mengejutkan. Estranged telah memenangi juara keseluruhan AJL dengan membawa pulang wang tunai sebanyak Rm37000. Sebuah band yang baru memasuki industri muzik maintream, agak mengkagum kerana mereka berjaya mengalahkan Nora, Siti Nurhaliza dan Aishah yang sememangnya terkenal dalam keunikan vokal masing-masing.

Agak mendukacitakan kerana Faizal Tahir tidak dapat membuat persembahan kerana dihukum oleh SKMM, oh ya aksi buka baju itu. Aku amat meminati nyanyian Faizal Tahir dan merasakan agak terkilan tidak dapat melihat aksi dia. Fiq yang mewakili Faizal Tahir bagaikan mendapat tempias populariti kerana dapat membuat persembahan di final! Mungkin ada hikmah disebalik kejadian itu.
Estranged yang membawa lagu Itu Kamu berjaya menambat hati para juri untuk merangkul anugerah yang berprestij ini, Tahniah buat kalian! Untuk pengetahuan pembaca, penyanyi utama kumpulan Estranged, Rich pernah memasuki Akademi Fantasia, dan dia bergerak secara berkumpulan setelah tersingkir dari program tersebut.
Akhir kata, juri kali ini sudah sedar akan keupayaan band-band dalam mewarnai industri muzik Malaysia, kalian perlu terus menyokong mereka!
Aku mendapat email mengenai gambar panas Ida Neria, pelakon drama dan filem. Ya, memang panas jikalau seorang wanita itu memakai bikini di tepi pantai. Tidak aku pasti sama ada gambar-gambar ini adalah hasil photoshop atau memang koleksi peribadi. Tapi bagi aku, berbikini di tepi pantai merupakan perkara normal. Grow up man!

Pusat ku bertindik jua, seksi kannnnnn!

Baru sahaja mendapat cd promosi album terbaru kumpulan Scorpion, Humanity Hour 1. Aku akui bahawa aku terus jatuh cinta dengan plucking dalam lagu Humanity, dan menyebabkan aku berjaya menghabiskan satu album sepanjang perjalanan aku dari Seremban ke KL.

Antara lagu-lagu yang termuat dalam album ini adalah :Track Listing:
1. Hour I
2. The Game of Life
3. We Were Born To Fly
4. Future Never Dies
5. You’re Lovin’ Me To Death
6. 321
7. Love Will Keep Us Alive
8. Your Last Song
9. Love Is War
10. We Will Rise Again
11. Cross
12. Humanity
Aku percaya peminat-peminat Scorpion pasti tidak akan melupakan betapa enaknya lagu ciptaan mereka. Maka, jikalau kau tergolong dalam peminat Scorpion, ayuh segeralah beli album mereka yang original. Kalau tak mampu, download disini pun ok juga Scorpion - Humanity Hour 1 download link
Selepas membintangi filem Initial D, sekali lagi Jay Chou menampilkan dirinya dalam filem Kung Fu Dunk. Bukan itu sahaja, beliau juga akan membuat promosi lawatan ke Malaysia pada 2 Februari ini. Ayuh gadis-gadis, mari kita menerjah acara Kung Fu Dunk Uth Fest di One Utama (OU) dan berjumpa penyanyi idaman kalian.

Jay Chou bukan sahaja seorang pelakon, beliau juga merupakan penyanyi Pop RnB yang popular di Asia Tenggara. Antara lagu-lagu yang membawa beliau ke puncak populariti adalah dari album Jasmine, seperti Qi Li Xiang dan Zhi Zhang Zhi Shang. Antara kontroversi yang pernah melanda beliau adalah sebutan mandarin yang dilafazkan dalam lagu-lagunya adalah tidak jelas, sehingga beliau dipanggil perosak bahasa. Namun, tomahan itu berjaya ditutup kerana lagu-lagu beliau amat memberi kesan kepada jiwa yang mendengarnya.

Antara single terbaru daripada 6ixth Sense selepas Tak Bisa Memilihmu. Aku sangat meminati kumpulan 6ixth Sense kerana lagu-lagunya sangat fresh dan sedap untuk didengari. Aku yakin bahawa lagu Tanpa akan dapat meningkatkan lagi populariti kumpulan 6ixth Sense. Video klip selepas ini..
6ixth Sense - Tanpa
resah yang ku
ungkap dalam kata
melukiskan kesunyian
tanpa engkau aku tak mengertimeski
pagi itu menatapi
akan sunyi tanpamu
menemani aku sepitanpa..
cintamu aku resah
tanpa..
kasihmu aku hampa
tanpa..
dirimu aku nanti
hooo… (ulang chorus x2)Kini benar-benarku rasakan
dalam benuk hatiku tanpamu
aku tak mengerti
takut
takut jauh cari dirimu
kan kau tinggalkan aku sendiri
tanpamu ku mati
hooo…resah yang ku
ungkap dalam kata
melukiskan kesunyian
tanpa engkau aku tak mengerti
Tapi aku pasti kalian mesti dapat menghafal lagu ini dalam masa sekejap. Dengarlah bass line dan suara Adi yang cool!