Selepas membintangi filem Initial D, sekali lagi Jay Chou menampilkan dirinya dalam filem Kung Fu Dunk. Bukan itu sahaja, beliau juga akan membuat promosi lawatan ke Malaysia pada 2 Februari ini. Ayuh gadis-gadis, mari kita menerjah acara Kung Fu Dunk Uth Fest di One Utama (OU) dan berjumpa penyanyi idaman kalian.

Jay Chou bukan sahaja seorang pelakon, beliau juga merupakan penyanyi Pop RnB yang popular di Asia Tenggara. Antara lagu-lagu yang membawa beliau ke puncak populariti adalah dari album Jasmine, seperti Qi Li Xiang dan Zhi Zhang Zhi Shang. Antara kontroversi yang pernah melanda beliau adalah sebutan mandarin yang dilafazkan dalam lagu-lagunya adalah tidak jelas, sehingga beliau dipanggil perosak bahasa. Namun, tomahan itu berjaya ditutup kerana lagu-lagu beliau amat memberi kesan kepada jiwa yang mendengarnya.

One Response for "Jay Chou Promosi Kung Fu Dunk"
i love you jay chou
Leave a reply