Archive for the ‘video lawak melayu’ Category


Anugerah Juara Lagu Ke-22 Penuh Kejutan

Jan 28, 2008 Author: admin | Filed under: video lawak melayu

Bukan sahaja Anugerah Juara Lagu(AJL) Ke-22 kali ini tidak menampilkan aksi buka baju, malah keputusan yang dihasilkan juga mengejutkan. Estranged telah memenangi juara keseluruhan AJL dengan membawa pulang wang tunai sebanyak Rm37000. Sebuah band yang baru memasuki industri muzik maintream, agak mengkagum kerana mereka berjaya mengalahkan Nora, Siti Nurhaliza dan Aishah yang sememangnya terkenal dalam keunikan vokal masing-masing.

gambar_219.jpg

Agak mendukacitakan kerana Faizal Tahir tidak dapat membuat persembahan kerana dihukum oleh SKMM, oh ya aksi buka baju itu. Aku amat meminati nyanyian Faizal Tahir dan merasakan agak terkilan tidak dapat melihat aksi dia. Fiq yang mewakili Faizal Tahir bagaikan mendapat tempias populariti kerana dapat membuat persembahan di final! Mungkin ada hikmah disebalik kejadian itu.

Estranged yang membawa lagu Itu Kamu berjaya menambat hati para juri untuk merangkul anugerah yang berprestij ini, Tahniah buat kalian! Untuk pengetahuan pembaca, penyanyi utama kumpulan Estranged, Rich pernah memasuki Akademi Fantasia, dan dia bergerak secara berkumpulan setelah tersingkir dari program tersebut.

Akhir kata, juri kali ini sudah sedar akan keupayaan band-band dalam mewarnai industri muzik Malaysia, kalian perlu terus menyokong mereka!

Kategori Etnik Kreatif : Nora ( Samudera ) 

Kategori Balada : Shari/Kaer (Izinkan Ku Pergi ) 

Buletin Beruk National Geography

Jan 14, 2008 Author: admin | Filed under: video lawak melayu

Hasil translation dari English kepada loghat Negeri Sembilan ini sangat laaa kelakar. Penghasilnya amat kreatif kerana pandai bermain dengan intonasi loghat N9. Percaya la member, memang boleh dikategori sebagai lawak bangang tahunan. Video selepas ini..

Afdlin Shauki Jadi Crespo

Jan 14, 2008 Author: admin | Filed under: video lawak melayu

Video lawak yang dihasilkan oleh Afdlin Shauki dan Harith Iskandar untuk siri tv Ah-Ha yang ditayangkan di TV3. Lawak yang dihasilkan oleh Adibah Noor membuatkan aku gelak tahap tak ingat. Video selepas ini..