Bukan sahaja Anugerah Juara Lagu(AJL) Ke-22 kali ini tidak menampilkan aksi buka baju, malah keputusan yang dihasilkan juga mengejutkan. Estranged telah memenangi juara keseluruhan AJL dengan membawa pulang wang tunai sebanyak Rm37000. Sebuah band yang baru memasuki industri muzik maintream, agak mengkagum kerana mereka berjaya mengalahkan Nora, Siti Nurhaliza dan Aishah yang sememangnya terkenal dalam keunikan vokal masing-masing.

Agak mendukacitakan kerana Faizal Tahir tidak dapat membuat persembahan kerana dihukum oleh SKMM, oh ya aksi buka baju itu. Aku amat meminati nyanyian Faizal Tahir dan merasakan agak terkilan tidak dapat melihat aksi dia. Fiq yang mewakili Faizal Tahir bagaikan mendapat tempias populariti kerana dapat membuat persembahan di final! Mungkin ada hikmah disebalik kejadian itu.
Estranged yang membawa lagu Itu Kamu berjaya menambat hati para juri untuk merangkul anugerah yang berprestij ini, Tahniah buat kalian! Untuk pengetahuan pembaca, penyanyi utama kumpulan Estranged, Rich pernah memasuki Akademi Fantasia, dan dia bergerak secara berkumpulan setelah tersingkir dari program tersebut.
Akhir kata, juri kali ini sudah sedar akan keupayaan band-band dalam mewarnai industri muzik Malaysia, kalian perlu terus menyokong mereka!